Monday 23 June 2014

penat.. letih.. giveup

aku dah penat.. aku dah letih.. boleh x aku giveup sekarang.. boleh x aku tamatkan semuanya sekarang.. aku betul-betul dah penat..

aku seorang perempuan yang telah terlalu banyak jatuh dan bangun dalam kehidupan. pengalaman banyak mengajar aku supaya terus berhati-hati. tetapi aku hanyalah seorang perempuan yang ingin menyayangi & disayangi. akan tetapi aku bukanlah seorang perempuan yang akan termakan dengan pujuk rayu atau terbuai dek perasaan. aku bukan jenis perempuan macam tu. aku sentiasa akan buktikan pada diri aku sendiri bahawa aku tetap dapat berdiri atas kaki aku sendiri walau apa saja ujian yang datang menimpa. aku tahu kekuatan aku. aku tahu setakat mana aku mampu bertahan. tambahan sekarang aku mempunyai 2 sumber kekuatan iaitu anak2 yang telah dianugerahkan kepada aku. merekalah yang selalu menyedarkan aku untuk terus berjuang dalam hidup dan aku x kan sekali-kali abaikan mereka.

tapi x ada siapa yang memahami. tak ada siapa yang mengerti. 

aku juga ingin mulakan sekali lagi. x salah pun untuk mencuba. pertahankan apa yang aku ada. tapi jika hanya aku yang mencuba apa gunanya. dalam pada untuk cuba melupakan, aku terus diingatkan. dalam pada untuk memulakan, aku terus dimatikan. dalam pada untuk terus pertahankan, aku dibiarkan. 

Ya Allah, tidak pernah putus doaku padamu meminta pertolongan.. meminta petunjuk. x pernah berhenti istikharah aku.. x pernah lupa hajat aku.. bimbinglah aku ke jalan-Mu ya Allah.. berilah aku petunjuk.. pilihan apa yang harus aku lakukan.. jalan mana yang harus aku tujui.. ku yakin Kau sentiasa bersama dengan ku.. 


Monday 9 June 2014

astrid - mendua

Ku tak habis fikir kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai

 
Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu

 

Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir

 
Ku tak habis fikir kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai
   

Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu

 
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir

Wednesday 4 June 2014

thanks for nothing

I never knew enough about you babe
And I guess I only have myself to blame
Now I'm broken hearted and shattering
Cause you were just playin' a game
Nothin' anyone could to convince me babe
I was living in a lie just a masquerade
Now I only know that I'll never be the same
But you were just playin' a game

ati x keruan..... fikiran berkecamuk.........

seminggu telah berlalu lepas aku dapat tahu sume tu.. smgu aku dlm keadaan x keruan, berkecamuk, kecewe, terluka, sedey.. sume prasaan bercampur baur.. otak x dpt berfikir dgn waras.. bdn x berhenti menggigil slame smgu tu.. selera mkn putus.. kekecewaan yg teramat dlm.. x disangka2 begini jd yer.. x disangka2 aku tertipu lagi.. x disangka2 sejarah berulang kembali.. 

pelbagai pertanyaan timbul.. kenapa? mengapa? dimana silap yer? rapuh sungguh cinta & hatinya.. besar sungguh dosa & salah aku sehingga sggp diperlakukan sebegini.. tapi ati ttp selalo beristighfar.. doa dipanjatkn ke hadrat Illahi.. mohon petunjuk & kekuatan utk aku hadapinya.. stiap ms ati x henti2 berzikir.. mencari ketenangan.. cuba kembali berfikiran secara waras.. dan akhirnya.. aku temui keredhaan dlm kesakitan.. pd petang itu, aku dpt merasakan satu ketenangan yg menyusup msk ke dlm ati.. jauh disudut ati terasa ada satu kelegaan.. disaat itu, tiada lg persoalan.. tiada lg kecelaruan perasaan & fikiran.. aku tenang.................

sesungguhnya janji Allah itu pasti.. 'redha setiap ujian yg dtg, maka ati akn menjadi tenang'.. aku bertakafur.. bermuhasabah diri sendri.. melihat kembali akan dosa2 yg telah aku lakukan.. dan aku tersenyum syukur kpd Yang Maha Esa.. kerana Dia menyayangiku.. Dia memberi ku ujian ini.. Dia memberiku kesakitan ini.. telah diriwayatkan.. Allah x kan memberi ujian diluar kemampuan hamba2 nya.. aku terima sumenya dgn kelapangan ati.. aku redha sumenya dgn menggangap ini balasan dosa2 ku yg lalu.. aku bersyukur Dia menjentik ati aku utk mengingatiNya.. utk tunduk menyerah kpdNya.. telah jgk diriwayatkan.. 'ketika ujian/musibah dtg melanda.. Allah tidak mntk kter utk mencari jln keluar ttapi Allah menyuruh kiter bersabar & berdoa kpdNya'.. itulah yg aku lakukan skrg.. 

aku percaya akan aturan idop yg telah ditentukan.. aku yakin setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya.. walau sakit tuk aku laluinya mungkin nnt disebalik kesakitan ada kebahagian yg menanti.. 'sesungguhnya Allah tidak memberi apa yg kter minta tetapi Allah memberi apa yg kter perlukan' .. ya.. aku berpegang pd kata2 ini.. semoga aku tros diberi kekuatan.. diberi ketabahan.. diberi kesabaran..