aku dah penat.. aku dah letih.. boleh x aku giveup sekarang.. boleh x aku tamatkan semuanya sekarang.. aku betul-betul dah penat..
aku seorang perempuan yang telah terlalu banyak jatuh dan bangun dalam kehidupan. pengalaman banyak mengajar aku supaya terus berhati-hati. tetapi aku hanyalah seorang perempuan yang ingin menyayangi & disayangi. akan tetapi aku bukanlah seorang perempuan yang akan termakan dengan pujuk rayu atau terbuai dek perasaan. aku bukan jenis perempuan macam tu. aku sentiasa akan buktikan pada diri aku sendiri bahawa aku tetap dapat berdiri atas kaki aku sendiri walau apa saja ujian yang datang menimpa. aku tahu kekuatan aku. aku tahu setakat mana aku mampu bertahan. tambahan sekarang aku mempunyai 2 sumber kekuatan iaitu anak2 yang telah dianugerahkan kepada aku. merekalah yang selalu menyedarkan aku untuk terus berjuang dalam hidup dan aku x kan sekali-kali abaikan mereka.
tapi x ada siapa yang memahami. tak ada siapa yang mengerti.
aku juga ingin mulakan sekali lagi. x salah pun untuk mencuba. pertahankan apa yang aku ada. tapi jika hanya aku yang mencuba apa gunanya. dalam pada untuk cuba melupakan, aku terus diingatkan. dalam pada untuk memulakan, aku terus dimatikan. dalam pada untuk terus pertahankan, aku dibiarkan.
Ya Allah, tidak pernah putus doaku padamu meminta pertolongan.. meminta petunjuk. x pernah berhenti istikharah aku.. x pernah lupa hajat aku.. bimbinglah aku ke jalan-Mu ya Allah.. berilah aku petunjuk.. pilihan apa yang harus aku lakukan.. jalan mana yang harus aku tujui.. ku yakin Kau sentiasa bersama dengan ku..
No comments:
Post a Comment